Tuesday, October 29, 2013

Isu Global di Afrika Selatan : DASAR APARTHEID (Part 2)

Pada tahun 1960, ANC telah dilarang secara rasmi menyebabkan Mandela menjadi salah seorang pengasas kepada Umkhonto We Siswe iaitu organisasi hak-hak sivil kekerasan. Seterusnya pada tahun 1962 menyaksikan Nelson Mandela dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak dibebaskan sehingga 1990. Hal ini demikian berlaku selepas beliau bersiar-siar keluar negara untuk bercakap berhubung keadaan di Afrika Selatan dan menerima latihan ketenteraan. Ketika pemerintahan Frederik Willem de Klerk, Mandela telah dibebaskan pada 11 Februari 1990.
Pembebasan tersebut seterusnya membawa kesan positif terhadap perjuangan rakyat Afrika Selatan dalam usaha untuk memansuhkan Dasar Apartheid. Hal ini demikian dapat dilihat menerusi rundingan yang dibuat oleh kerajaan Afrika Selatan buat pertama kalinya pada 2 Mei 1990 dengan ANC. Seterusnya pada 7 Jun 1990, De Klerk telah menghapuskan Undang-undang Darurat Negara yang telah berjalan hampir di setiap negara Afrika Selatan. Sementara itu, Mandela terus berjuang sehingga ke luar negara bagi mendapatkan pengakuan terhadap perjuangannya dalam menghapuskan dasar tersebut yang memakan masa yang lama.
Walau bagaimanapun, usaha tersebut membuahkan hasil apabila pada 21 Februari 1991, De Klerk mengumumkan penghapusan semua ketentuan dan kewujudan sistem politik Apartheid di hadapan sidang parlimen Afrika Selatan. Penghapusan tersebut sekaligus menghapuskan tiga undang-undang yang mengkuhkan kuasa Apartheid :
Land Act : Undang-undang yang melarang orang kulit hitam mempunyai tanah di luar kawasan tempat tinggal yang telah ditentukan.
Group Areas Act : Undang-undang yang menetapkan pemisahana tempat tinggal orang kulit hitam dan orang kulit putih.
Population Registratioan Act : Undang-undang yang mewajibkan semua orang kulit hitam untuk mendaftarkan diri menurut kumpulan suku masing-masing.
            Bukan itu sahaja, dengan penghapusan yang dibuat oleh De Klerk, membawa kepada janji pemerintahan yang menjalankan pilihan raya tanpa sekatan perkauman. Dengan itu, pilihan raya yang telah dijalankan pada tahun 1994 membawa kemenangan keada Nelson Mandela sekaligus menjadikan beliau sebagai Presiden Afrika Selatan pada 9 Mei 1994. Ini menjadikan Mandela sebagai presiden pertama dari kulit hitam. Seterusnya pada 10 Mei 1994, Mandela dilantik sebagai presiden dalam upacara megah di Union Building, Pretoria.


           

Monday, October 21, 2013

Isu Global di Afrika Selatan : DASAR APARTHEID (Part 1)

Apartheid bermaksud ‘pemisahan’ atau ‘berasingan’ dalam perkataan Afrika yang digunakan oleh orang Belanda (kulit putih) dengan penduduk asli Afrika (kulit hitam). Pemisahan ini berkembang menjadi suatu sistem yang dilaksanakan dalam politik oleh kerajaan secara rasmi. Dalam hal ini, berlaku migrasi dalam kalangan bangsa Eropah iaitu Bangsa Belanda ke Afrika Selatan di bawah pimpinan Jan Anthony van Riebeeck (1618-1677). Kesan daripada kedatangan kumpulan tersebut dapat dilihat menerusi penguasaan daripada Mesir sehingga ke Cape Town.
Sistem Apartheid merupakan sistem pemisahan bangsa legal yang digunapakai sejak tahun 1948 hingga tahun 1994. Menerusi sistem ini, berlaku diskriminasi terhadap orang kulit hitam oleh orang kulit putih di Afrika Selatan. Diskriminasi yang dapat dilihat adalah menerusi keutamaan mendapatkan perumahan, pekerjaan, pendidikan dan akses kuasa politik yang dilebihkan kepada orang kulit putih. Sebagai kesannya daripada sistem tersebut, orang kulit putih dan orang kulit hitam terlibat dalam sektor pekerjaan, kawasan petempatan, gaji, akses pendidikan dan akses kesihatan yang berbeza.
            Malahan, berlaku keadaan di mana orang hitam dipaksa keluar dari bandar dan daerah tempat tinggal mereka yang dikenali sebagai Bantustan atau ‘tanah air Afrika’. Hal ini demikan disebabkan oleh penggubalan undang-undang yang menetapkan Dasar Apartheid yang dikemukakan oleh Group Areas Act of 1950. Ini membawa kepada pemisahan ruang hidup antara warga dalam negara tersebut iaitu orang kulit putih tinggal di bandar, manakala orang kulit hitam tinggan di luar atau pinggir bandar. Masalah yang berterusan dialami penduduk yang berasal dari kawasan tersebut apabila tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pemerintahan. Bukan itu sahaja, kelompok tersebut juga dipaksa mematuhi jam malam sekiranya ingin membuat perjalanan keluar kampung halaman.

Konflik ini mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga membawa kepada langkah penghapusan dasar berkenaan. Ini merujuk kepada tentangan yang dilakukan oleh tokoh, Nelson Mandela iaitu ahli Kongres Nasional Afrika, ANC (African National Congress). ANC merupakan sebuah kumpulan yang berjuang untuk menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam perjuangan yang dilakukan tidak menggunakan kekerasan, mogok mahupun penetangan orang awam besar-besaran. Keadaan ini membawa kepada pengadilan terhadap Nelson Mandela pada tahun 1952. Mandela diadili kerana mengambil bahagian dalam Campaign of Just Defiance dan dijatuhi hukuman percubaan menyebabkan beliau keluar masuk penjara sepanjang tahun tersebut.
            

Saturday, October 19, 2013

PENDIDIKAN DI AFRIKA

Di Afrika Selatan, alam persekolahan adalah selama 13 tahun - atau gred. Namun, tahun pertama pendidikan atau gred 0 dan tiga tahun terakhir iaitu dari gred 10 hingga gred 12 (juga dipanggil 'matric') adalah tidak wajib. Kebanyakan sekolah rendah menawarkan gred 0. Tetapi gred ini boleh juga dibuat di tadika. Lazimnya untuk memasuki universiti, seseorang itu wajib melepasi 'matric' dengan minimum tiga matapelajaran gred tinggi dan bukan sekadar lulus (standard). Malah beberapa universiti yang berprestij akan mengenakan syarat akademik yang lebih tinggi. Walaupun begitu, mereka yang lulus 'National Senior Certificate' layak untuk belajar di 'technikon' atau kolej teknikal.


      Di bawah Sistem Aparteid, sistem pendidikan dirangka mengikut warna kulit iaitu kementerian yang berasingan untuk pelajar kulit putih, berwarna, Asia, dan kaum kulit hitam di luar bantustan. Pengasingan ini telah menghasilkan 14 kementerian pendidikan yang berbeza di negara ini. Pengstrukturan sistem pendidikan selepas Era-Aparteid merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan negara ini. 

      Kerajaan baru telah membentuk suatu sistem pendidikan kebangsaan tanpa diskriminasi kaum tetapi menggabungkan 14 kementerian pendidikan merupakan tugas yang sukar. Oleh itu pada Februari 1996, Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu kurikulum baru yang dinamakan Curriculum 2005. Kurikulum ini yang akan menggantikan dasar pendidikan berdasarkan aparteid, akan memberi tumpuan kepada 'outcome' atau hasilnya iaitu pelajar akan menjadi lebih proaktif dalam persekitarannya dan juga di dalam masyarakat. Untuk mencapai objektif ini, pada 1999 kerajaan telah memperuntukkan 5.7 peratus belanjawan untuk sektor pendidikan termasuk membina 2, 000 sekolah-sekolah baru, 65, 000 bilik darjah yang baru dan beralatan penuh, 60, 000 guru-guru yang terlatih dan 50 juta buku teks yang dicetak.

     Pada 2004, Afrika Selatan mempunyai 366, 000 guru dan hampir 28, 000 sekolah-sekolah termasuk 390 sekolah khas dan 1, 000 sekolah swasta. Daripada jumlah ini, 6, 000 adalah dari sekolah tinggi (gred 7 hingga gred 12) dan selebihnya adalah dari sekolah rendah (gred 1 hingga gred 6).

      Afrika Selatan juga mempunyai suatu sistem pendidikan tinggi yang maju, yang juga dipisahkan mengikut ras sewaktu Era Aparteid. Pada 1995 terdapat 385, 000 pelajar yang belajar di 21 universiti dan 190, 000 pelajar di 'technikon' (Institut Teknikal atau Vokasional). Hampir 37 peratus adalah dari golongan kulit putih. Tetapi sejak 1994, penyertaan pelajar kulit hitam di universiti-universiti yang dikhaskan untuk pelajar kulit putih telah bertambah secara mendadak.

Friday, October 18, 2013

KEKURANGAN PENDIDIKAN DI AFRIKA

Video ini memaparkan kurang pendidikan dalam kalangan rakyat di Afrika di mana lebih 70 peratus mereka yang sepatutnya menduduki sekolah menegah namun tidak bersekolah.

Tuesday, October 15, 2013

Pernikahan Unik Masyarakat Afrika

Benua Afrika sememangnya terkenal dengan kehidupan suku bangsanya yang masih hidup secara primitif. Sifat primitif itu dililat dari cara mereka berpakaian, tingkah laku sosial, keperluan sarana fizikal sampai kebudayaan mereka. Budaya perkhawinan mereka juga begitu unik bemula dari proses memilih calon pasangan, proses perundingan dan sehinggalah ke proses perkahwinan. Terdapat 3 contoh kebudayaan perkahwinan yang unik di Afrika:

  • Tradisi Sharo 

Tradisi Sharo diamalkan di negara-negara Afrika seperti di Mali, Nigeria dan Cameron. Tradisi ini diamalkan dengan cara di mana pengantin lelaki harus mengalahkan para penentangnya jika ingin mengambil calon wanita sebagai isteri. Ini betujuan untuk menunjukkan kejantanan dan kepantasan seorang lelaki meminang calon isteri. 

      Pengantin lelaki tersebut akan dipukul oleh para pencabar dan mereka perlu menahan rasa sakit yang dialami. Jika bakal pengantin lelaki tersebut berjaya menahan rasa sakit kesan daripada pukulan-pukulan tersebut maka dia akan menjadi lelaki sejati dan boleh mendapatkan calon isterinya. Tapi jika gagal, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil para gadis sebagai isteri. 

     Bukan hanya tidak dapat mengambil calon isteri, tetapi calon yang gagal juga harus menanggung rasa malu dan mereka yang gagal juga ada yang kehilangan nyawa akibat luka-luka yang diperolehi ketika perlawanan.


  • Culik dan Nikah 

Culik dan nikah (Kidnap and Marry) pula merupakan tradisi perkahwinan di kalangan masyarakat Latwoka, sebuah suku di negara Sudan (Afrika). Di tradisi ini jika seorang lelaki ingin menikahi seorang gadis, si lelaki hanya perlu menculik si gadis dan kemudian barulah pihak lelaki dan keluarganya meminta persetujuan kepada keluarga di pihak perempuan tersebut. 

     Pihak keluarga tidak kisah sama ada antara si lelaki dan si gadis sebelumnya sudah terjalin hubungan ataupun belum, termasuklah adakah si gadis sudah pernah mengenal si lelaki atau belum dan itu tidak menjadi halangan untuk meminang si gadis. Setelah bakal pengantin perempuan diculik, barulah keluarga di pihak lelaki yang ini akan datang menemui ayah pihak perempuan untuk meminta persetujuannya. 


  • Tradisi Lobola 

Tradisi yang berkaitan dengan budaya perkahwinan adat Lobola ini adalah pada dasarnya menjadikan para gadis yang layak sebagai bahan jual-beli. Ini kerana tradisi ini melibatkan rundingan harga yang akan dibayar oleh pihak lelaki untuk menikahi seorang gadis. 

      Di samping itu, proses tradisi Lobola agak rumit kerana perlu melalui protokol (aturan) tertentu yang harus ditaati oleh kedua belah pihak. Aturan yang dimaksudkan adalah seperti acara pertukaran pasangan. Di dalam acara pertukaran ini tidak dibenarkan ada pasangan yang sudah saling mengenal sebelumnya. 

     Oleh itu, boleh dikatakan bahawa calon mempelai lelaki dan perempuan dijodohkan sepenuhnya oleh aturan adat dan satu sama lain tidak boleh saling mengenali. Selain itu, buga boleh dikatakan tidak ada dasar cinta antara satu sama lain sebelum berkhawin di dalam tradisi ini yang perlu dipatuhi oleh semua ini. Apabila keluarga dari pengantin tidak bersetuju dengan tradisi ini maka mereka akan dihukum.

Thursday, October 10, 2013

Budaya ‘Labret’ atau ‘Lip Plate’ dalam Masyarakat Afrika

Setiap masyarakat yang ada di muka bumi ini memiliki budaya unik yang tersendiri bagi menggambarkan indentiti etnik mereka. Budaya atau di dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai culture merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia yang wujud dalam sesebuah kelompok bagi meningkatkan lagi semangat assabiyah mereka. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.


      Bagi rumpun masyarakat di Ethiopia (Gambar 1) iaitu salah sebuah negara yang terletak di Afrika mengamalkan sebuah tradisi yang luar biasa iaiti tradisi Piring Bibir yang di amalkan oleh kaum wanita untuk kelihatan cantik dalam suku kaum mereka. Tradisi ini juga turut dikenali sebagai ‘Labret’ atau ‘Lip Plate’.




Gambar 1 : Kedudukan Ethiopia di dalam peta Afrika






Gambar 2 : Wajah kaum wanita di Ethiopia yang mengamalkan budaya Bibir Piring.




       Kelompok ini menilai kecantikkan seorang wanita itu dari segi ukuran mulutnya. Semakin lebar mulut seorang wanita itu, semakin cantiklah dia dipandang di dalam masyarakat. Mereka mula melakukan aktiviti 'Lip Plate' ini ketika bermulanya usia seorang gadis sekitar usia 13 hingga 16 tahun. Caranya dengan mengiris bagian bawah bibir sepanjang 1 hingga 2 cm, lalu dimasukkan piring bulat kedalam hirisan luka itu. Apabila telah mencapai tempoh dua hingga tiga minggu piring tersebut diganti dengan ukuran yang lebih besar hingga mencapai diameter 10 hingga 15 cm, ada juga yang mencecah sehingga 25 sentimeter.





Gambar 3 : Kanak-kanak wanita di usia muda yang melakukan 'Lip Plate'.










Gambar 4 : Gambaran wanita di Ethiopia

      Walaupun budaya yang diamalkan oleh mereka ini menyakitkan dan memudaratkan diri sendiri namun wanita di sana yang menolak untuk mengikuti tradisi ini akan dipinggirkan oleh komuniti sosial. Bagi suku kaum Mursi, dengan melakukan ‘lip plate’ pada bibir seorang perempuan, menandakan bahwa seseorang perempuan itu telah layak untuk dinikahi. Tradisi ini dilakukan sebelum 6 hingga 12 bulan awal sebelum gadis itu berkahwin.