Tuesday, October 29, 2013

Isu Global di Afrika Selatan : DASAR APARTHEID (Part 2)

Pada tahun 1960, ANC telah dilarang secara rasmi menyebabkan Mandela menjadi salah seorang pengasas kepada Umkhonto We Siswe iaitu organisasi hak-hak sivil kekerasan. Seterusnya pada tahun 1962 menyaksikan Nelson Mandela dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak dibebaskan sehingga 1990. Hal ini demikian berlaku selepas beliau bersiar-siar keluar negara untuk bercakap berhubung keadaan di Afrika Selatan dan menerima latihan ketenteraan. Ketika pemerintahan Frederik Willem de Klerk, Mandela telah dibebaskan pada 11 Februari 1990.
Pembebasan tersebut seterusnya membawa kesan positif terhadap perjuangan rakyat Afrika Selatan dalam usaha untuk memansuhkan Dasar Apartheid. Hal ini demikian dapat dilihat menerusi rundingan yang dibuat oleh kerajaan Afrika Selatan buat pertama kalinya pada 2 Mei 1990 dengan ANC. Seterusnya pada 7 Jun 1990, De Klerk telah menghapuskan Undang-undang Darurat Negara yang telah berjalan hampir di setiap negara Afrika Selatan. Sementara itu, Mandela terus berjuang sehingga ke luar negara bagi mendapatkan pengakuan terhadap perjuangannya dalam menghapuskan dasar tersebut yang memakan masa yang lama.
Walau bagaimanapun, usaha tersebut membuahkan hasil apabila pada 21 Februari 1991, De Klerk mengumumkan penghapusan semua ketentuan dan kewujudan sistem politik Apartheid di hadapan sidang parlimen Afrika Selatan. Penghapusan tersebut sekaligus menghapuskan tiga undang-undang yang mengkuhkan kuasa Apartheid :
Land Act : Undang-undang yang melarang orang kulit hitam mempunyai tanah di luar kawasan tempat tinggal yang telah ditentukan.
Group Areas Act : Undang-undang yang menetapkan pemisahana tempat tinggal orang kulit hitam dan orang kulit putih.
Population Registratioan Act : Undang-undang yang mewajibkan semua orang kulit hitam untuk mendaftarkan diri menurut kumpulan suku masing-masing.
            Bukan itu sahaja, dengan penghapusan yang dibuat oleh De Klerk, membawa kepada janji pemerintahan yang menjalankan pilihan raya tanpa sekatan perkauman. Dengan itu, pilihan raya yang telah dijalankan pada tahun 1994 membawa kemenangan keada Nelson Mandela sekaligus menjadikan beliau sebagai Presiden Afrika Selatan pada 9 Mei 1994. Ini menjadikan Mandela sebagai presiden pertama dari kulit hitam. Seterusnya pada 10 Mei 1994, Mandela dilantik sebagai presiden dalam upacara megah di Union Building, Pretoria.


           

No comments:

Post a Comment