Secara umumnya, Dasar Apartheid yang
dilaksanakan secara menyuruh di Afrika Selatan mendapat tentangan dunia. Hal
ini dapat dilihat menerusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk
perbuatan tersebut. Malahan, pelbagai respon yang dapat dilihat terhadap konflik tersebut termasuklah dalam konteks Malaysia sendiri.
- Mei 1960, Persidangan Komanwel, Tunku Abdul Rahman dengan lantang menyuarakan penentangan terhadap Dasar Apartheid - Penglibatan Malaysia terhadap penentangan Dasar Apartheid melalui pertubuhan Komanwel dengan interaksi yang saling mempengaruhi antara agen dengan struktur. Dalam hal ini, agen merujuk kepada negara Malaysia, manakala struktur ialah pertubuhan Komanwel dan konvesyen hak asasi manusia.
- Tahun 1961, isu berhubung Dasar Apartheid dibincangkan dengan lebih hebat lagi di mana Mr. Diefenbaker (Perdana Menteri Canada) dan Dr. Nkrumah (Ghana) telah menggantikan peranan Tunku Abdul Rahman ketika Persidangan Komanwel.
- Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman secara peribadi menunjukkan minat terhadap penentangan dasar tersebut apabila beliau membuat ucapan yang tegas menentang dasar Apartheid kerajaan Afrika Selatan.
- Tahun 1961, Afrika Selatan memohon untuk menjadi anggota Komanwel apabila ia menjadi sebuah republik. Dengan itu, syarat penerimaan bagi Afrika Selatan untuk menganggotai Komanwel sekiranya Dasar Apartheid diubah.
- Tahun 1970-an, masalah penindasan terhadap orang kulit hitam masih belum selesai menyebabkan Malaysia menerusi Tunku Abdul Rahman menyuarakan kritikannya terhadap persidangan antarabangsa dan perjumpaan rasmi ketua-ketua negara. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap respon Komanwel yang dianggap lembap dan tidak efektif.
- Malaysia menentang penjualan senjata kepada Afrika Selatan oleh kerajaan Britain yang digunakan bagi mempertahankan kelangsungan politik serta menyeksa dan membunuh penduduk kulit hitam.
- Tahun 1985, pendirian Malaysia terhadap Dasar Apartheid semakin tegas ketika era pemerintahan Tun Mahathir yang telah mencadangkan agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap Afrika Selatan ketika Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas - mendapat sokongan kerajaan Canada dan Australia tetapi tidak disenangi Britain sehingga Malaysia enggan menyertai Sukan Komanwel sebagai protes terhadap Britain yang enggan mengenakan sekatan ekonomi.
- Tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Komanwel dengan mencadangkan sekatan ekonomi dari segi kewangan, perdaganag serta pelaburan.

- Tahun 2002, Rome Statue of International Criminal Court telah memfailkan perbuatan 'apartheid' sebagai jenayah terhadap kemanusiaan yang berkaitan dengan segregasi atau pemisahan kaum. Malahan, ia juga merupakan suatu perlakuan diskriminasi terhadap sesuatu kaum.
No comments:
Post a Comment