Thursday, November 21, 2013

Tanggungjawab Sosial Terhadap Kanak-Kanak (Part 1)

United Nations Children's Fund (UNICEF) menggangarkan bahawa terdapat sebanyak 158 juta kanak-kanak buruh yang berumur dari 5 -14 tahun iaitu dengan nisbah 1 kepada 6 kanak- kanak di seluruh dunia.

      Jutaan kanak-kanak terlibat dalam situasi berbahaya seperti bekerja di tapak perlombongan, pendedahan kepada bahan kimia dan racun perosak dalam pertanian atau bekerja dengan menggunakan mesin yang berbahaya. Di Sub-Sahara Afrika sekitar satu daripada tiga kanak-kanak terlibat dalam perburuhan kanak-kanak yang membawa kepada 69 juta kanak - kanak. Di negara Pakistan, terdapat kira- kira 12 juta buruh kanak-kanak dan  di Asia Selatan, sebanyak 44 juta kanak-kanak terlibat dalam perburuhan. Anggaran antarabangsa terkini untuk petunjuk ini telah dilaporkan dalam (Perlindungan Kanak- Kanak ) Jadual 9 - Penerbitan Tahunan UNICEF. 
          
       Di sesetengah negara, terdapat syarikat-syarikat yang menggunakan buruh kanak- kanak. Terdapat beberapa negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal atau mengalang penggunaan buruh kanak–kanak. Tetapi sesetengah negara mempunyai undang-undang yang lemah dan penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak dapat membendung pengunaan kanak-kanak untuk berkerja.

      Syarikat–syarikat seperti ini harus mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja mereka. Walaupun tidak ada undang- undang di sesebuah negara yang melarang penggunaan buruh kanak- kanak, mereka dengan sendiri harus mempunyai kesedaran ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak-kanak untuk bekerja .  

Gambar : Kanak-kanak yang terpaksa menjadi buruh
Kanak-kanak ini kadang-kala bekerja dalam keadaan yang tersembunyi iaitu sebagai pembantu rumah, bengkel membaiki kereta dan motosikal, dan ladang- ladang pertanian.

No comments:

Post a Comment