Benua Afrika sememangnya terkenal dengan kehidupan suku bangsanya yang masih hidup secara primitif. Sifat primitif itu dililat dari cara mereka berpakaian, tingkah laku sosial, keperluan sarana fizikal sampai kebudayaan mereka. Budaya perkhawinan mereka juga begitu unik bemula dari proses memilih calon pasangan, proses perundingan dan sehinggalah ke proses perkahwinan. Terdapat 3 contoh kebudayaan perkahwinan yang unik di Afrika:
- Tradisi Sharo
Tradisi Sharo diamalkan di negara-negara Afrika seperti di Mali, Nigeria dan Cameron. Tradisi ini diamalkan dengan cara di mana pengantin lelaki harus mengalahkan para penentangnya jika ingin mengambil calon wanita sebagai isteri. Ini betujuan untuk menunjukkan kejantanan dan kepantasan seorang lelaki meminang calon isteri.
Pengantin lelaki tersebut akan dipukul oleh para pencabar dan mereka perlu menahan rasa sakit yang dialami. Jika bakal pengantin lelaki tersebut berjaya menahan rasa sakit kesan daripada pukulan-pukulan tersebut maka dia akan menjadi lelaki sejati dan boleh mendapatkan calon isterinya. Tapi jika gagal, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil para gadis sebagai isteri.
Bukan hanya tidak dapat mengambil calon isteri, tetapi calon yang gagal juga harus menanggung rasa malu dan mereka yang gagal juga ada yang kehilangan nyawa akibat luka-luka yang diperolehi ketika perlawanan.
- Culik dan Nikah
Culik dan nikah (Kidnap and Marry) pula merupakan tradisi perkahwinan di kalangan masyarakat Latwoka, sebuah suku di negara Sudan (Afrika). Di tradisi ini jika seorang lelaki ingin menikahi seorang gadis, si lelaki hanya perlu menculik si gadis dan kemudian barulah pihak lelaki dan keluarganya meminta persetujuan kepada keluarga di pihak perempuan tersebut.
Pihak keluarga tidak kisah sama ada antara si lelaki dan si gadis sebelumnya sudah terjalin hubungan ataupun belum, termasuklah adakah si gadis sudah pernah mengenal si lelaki atau belum dan itu tidak menjadi halangan untuk meminang si gadis. Setelah bakal pengantin perempuan diculik, barulah keluarga di pihak lelaki yang ini akan datang menemui ayah pihak perempuan untuk meminta persetujuannya.
- Tradisi Lobola
Tradisi yang berkaitan dengan budaya perkahwinan adat Lobola ini adalah pada dasarnya menjadikan para gadis yang layak sebagai bahan jual-beli. Ini kerana tradisi ini melibatkan rundingan harga yang akan dibayar oleh pihak lelaki untuk menikahi seorang gadis.
Di samping itu, proses tradisi Lobola agak rumit kerana perlu melalui protokol (aturan) tertentu yang harus ditaati oleh kedua belah pihak. Aturan yang dimaksudkan adalah seperti acara pertukaran pasangan. Di dalam acara pertukaran ini tidak dibenarkan ada pasangan yang sudah saling mengenal sebelumnya.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa calon mempelai lelaki dan perempuan dijodohkan sepenuhnya oleh aturan adat dan satu sama lain tidak boleh saling mengenali. Selain itu, buga boleh dikatakan tidak ada dasar cinta antara satu sama lain sebelum berkhawin di dalam tradisi ini yang perlu dipatuhi oleh semua ini. Apabila keluarga dari pengantin tidak bersetuju dengan tradisi ini maka mereka akan dihukum.
No comments:
Post a Comment