PBB,NEW YORK - UNICEF menyeru kerajaan Republik Afrika
Tengah (CAR) agar melakukan tindakan cepat bagi menyelamatkan sistem pendidikan
daripada kehancuran akibat konflik di CAR. Pendidikan menjadi korban terhadap
konflik di CAR, separuh sekolah di negeri tersebut ditutup dan beratus-ratus
ribu pelajar terancam kehilangan pembelajaran sepanjang tahun.
Selain itu, Kerajaan baru harus mengutamakan perlindungan
dan penanaman modal pada sistem pendidikan negara tersebut, untuk menghormati
dan memenuhi hak-hak dasar kanak-kanak bagi pendidikan dan menyediakan generasi
kanak-kanak ini dengan harapan bagi masa depan yang sihat," kata
Souleymane Diabate, Wakil UNICEF di CAR. Di negara itu ada lebih dari satu juta
anak berhenti sekolah . Sekurang-kurangnya 250,000 anak yang memulakan
pembelajaran di sekolah rendah pada sesi
2012-2013 dan 30,000 anak di sekolah
menengah pada awal krisis , boleh kehilangan pembelajaran sepanjang hayat jika semua
sekolah tidak dibuka kembali dalam beberapa minggu ke hadapan.
Sejak pasukan gerila melancarkan serangan pada Disember , 1.2 juta
orang telah kehilangan perkhidmatan asas dan pelanggaran hak asasi manusia
meluas ketika serangan gerila. Tiga minggu selepas perikatan gerila merebut
kuasa dalam rampasan kuasa tentera , ketidak - amanan semakin meluas , rompakan dan rusuhan telah
membuat nyawa anak - anak terancam dalam bahaya yang lebih besar daripada
sebelumnya di CAR . Tambahan lagi,UNICEF melaporkan Sejak 12 April , pertempuran di Ibu Kota CAR ,
Bangui telah membunuh anak-anak kecil
dan membuat 25 kanak-kanak lagi cedera dan 4 orang dalam keadaan kritikal. Sejak pertengkaran terjadi lagi pada akhir Mac
, banyak kanak-kanak telah menjadi mangsa peluru sesat, sementara yang lain
telah direkrut oleh kumpulan bersenjata
dan kes kekerasan seksual juga meningkat .
Menurut UNICEF , sistem pendidikan di CAR " sangat
lemah " walaupun sebelum krisis berlaku. Angka buta huruf di kalangan
perempuan muda berjumlah 27.4 peratus dan lelaki muda 51.1 peratus . Sebanyak
65 peratus guru adalah orang tua yang tidak memenuhi syarat jadi pendidik dan
menawarkan diri secara sukarela menjadi guru . Penghalang utama bagi pembukaan
kembali sekolah ialah para guru yang telah menyelamatkan diri dari konflik di
kawasan bergolak, belum kembali ke masyarakat mereka untuk mengajar kanak-kanak
. Selain itu, UNICEF juga sedang
meneliti untuk menyediakan ruang selamat
bagi anak - anak untuk belajar dan bermain di pelbagai daerah ketika mereka mengenalpasti
kawasan yang boleh diberi keutamaan bagi kesinambungan kegiatan pendidikan
untuk kanak-kanak di CAR . Lembaga tersebut juga menyeru Kerajaan CAR dan semua
pihak dalam konflik itu untuk memastikan akses selamat buat anak -anak, orang
tua dan guru ke sekolah sehingga membolehkan mereka memulakan kembali kegiatan
belajar dan mengajar.
No comments:
Post a Comment