Apartheid bermaksud ‘pemisahan’ atau ‘berasingan’ dalam perkataan
Afrika yang digunakan oleh orang Belanda (kulit putih) dengan penduduk asli
Afrika (kulit hitam). Pemisahan ini berkembang menjadi suatu sistem yang
dilaksanakan dalam politik oleh kerajaan secara rasmi. Dalam hal ini, berlaku
migrasi dalam kalangan bangsa Eropah iaitu Bangsa Belanda ke Afrika Selatan di
bawah pimpinan Jan Anthony van Riebeeck (1618-1677). Kesan daripada kedatangan
kumpulan tersebut dapat dilihat menerusi penguasaan daripada Mesir sehingga ke
Cape Town.
Sistem Apartheid
merupakan sistem pemisahan bangsa legal yang digunapakai sejak tahun 1948
hingga tahun 1994. Menerusi sistem ini, berlaku diskriminasi terhadap orang
kulit hitam oleh orang kulit putih di Afrika Selatan. Diskriminasi yang dapat
dilihat adalah menerusi keutamaan mendapatkan perumahan, pekerjaan, pendidikan
dan akses kuasa politik yang dilebihkan kepada orang kulit putih. Sebagai
kesannya daripada sistem tersebut, orang kulit putih dan orang kulit hitam
terlibat dalam sektor pekerjaan, kawasan petempatan, gaji, akses pendidikan dan
akses kesihatan yang berbeza.
Malahan,
berlaku keadaan di mana orang hitam dipaksa keluar dari bandar dan daerah
tempat tinggal mereka yang dikenali sebagai Bantustan atau ‘tanah air Afrika’.
Hal ini demikan disebabkan oleh penggubalan undang-undang yang menetapkan Dasar
Apartheid yang dikemukakan oleh Group Areas Act of 1950. Ini membawa kepada
pemisahan ruang hidup antara warga dalam negara tersebut iaitu orang kulit
putih tinggal di bandar, manakala orang kulit hitam tinggan di luar atau
pinggir bandar. Masalah yang berterusan dialami penduduk yang berasal dari
kawasan tersebut apabila tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
pemerintahan. Bukan itu sahaja, kelompok tersebut juga dipaksa mematuhi jam
malam sekiranya ingin membuat perjalanan keluar kampung halaman.
Konflik
ini mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga membawa kepada langkah
penghapusan dasar berkenaan. Ini merujuk kepada tentangan yang dilakukan oleh
tokoh, Nelson Mandela iaitu ahli Kongres Nasional Afrika, ANC (African National
Congress). ANC merupakan sebuah kumpulan yang berjuang untuk menghapuskan Dasar
Apartheid. Dalam perjuangan yang dilakukan tidak menggunakan kekerasan, mogok mahupun
penetangan orang awam besar-besaran. Keadaan ini membawa kepada pengadilan
terhadap Nelson Mandela pada tahun 1952. Mandela diadili kerana mengambil
bahagian dalam Campaign of Just Defiance dan dijatuhi hukuman percubaan
menyebabkan beliau keluar masuk penjara sepanjang tahun tersebut.
No comments:
Post a Comment