Thursday, October 10, 2013

Budaya ‘Labret’ atau ‘Lip Plate’ dalam Masyarakat Afrika

Setiap masyarakat yang ada di muka bumi ini memiliki budaya unik yang tersendiri bagi menggambarkan indentiti etnik mereka. Budaya atau di dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai culture merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia yang wujud dalam sesebuah kelompok bagi meningkatkan lagi semangat assabiyah mereka. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.


      Bagi rumpun masyarakat di Ethiopia (Gambar 1) iaitu salah sebuah negara yang terletak di Afrika mengamalkan sebuah tradisi yang luar biasa iaiti tradisi Piring Bibir yang di amalkan oleh kaum wanita untuk kelihatan cantik dalam suku kaum mereka. Tradisi ini juga turut dikenali sebagai ‘Labret’ atau ‘Lip Plate’.




Gambar 1 : Kedudukan Ethiopia di dalam peta Afrika






Gambar 2 : Wajah kaum wanita di Ethiopia yang mengamalkan budaya Bibir Piring.




       Kelompok ini menilai kecantikkan seorang wanita itu dari segi ukuran mulutnya. Semakin lebar mulut seorang wanita itu, semakin cantiklah dia dipandang di dalam masyarakat. Mereka mula melakukan aktiviti 'Lip Plate' ini ketika bermulanya usia seorang gadis sekitar usia 13 hingga 16 tahun. Caranya dengan mengiris bagian bawah bibir sepanjang 1 hingga 2 cm, lalu dimasukkan piring bulat kedalam hirisan luka itu. Apabila telah mencapai tempoh dua hingga tiga minggu piring tersebut diganti dengan ukuran yang lebih besar hingga mencapai diameter 10 hingga 15 cm, ada juga yang mencecah sehingga 25 sentimeter.





Gambar 3 : Kanak-kanak wanita di usia muda yang melakukan 'Lip Plate'.










Gambar 4 : Gambaran wanita di Ethiopia

      Walaupun budaya yang diamalkan oleh mereka ini menyakitkan dan memudaratkan diri sendiri namun wanita di sana yang menolak untuk mengikuti tradisi ini akan dipinggirkan oleh komuniti sosial. Bagi suku kaum Mursi, dengan melakukan ‘lip plate’ pada bibir seorang perempuan, menandakan bahwa seseorang perempuan itu telah layak untuk dinikahi. Tradisi ini dilakukan sebelum 6 hingga 12 bulan awal sebelum gadis itu berkahwin.

No comments:

Post a Comment