Pada akhir Perang Dunia ke-2 iaitu pada tahun 1945,
hampir setiap negara di Afrika adalah tertakhluk di bawah pemerintahan atau
penjajahan kolonial. Dengan penubuhan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
pada tahun 1945 dan usaha dekolonisasi secara besar-besaram, Afrika telah
mencapai kebebasan. Oleh itu, pada masa kini dapat dilihat Kesatuan Afrika
mempunyai 53 negara anggota bebas.
Autonomi
Afrika yang baru ini bagaimanapun menghadapi cabaran besar di mana berlaku
kemiskinan, penyakit, pemakanan tidak seimbang dan isu tol yang telah diambil
alih oleh konflik serantau yang berterusan. Dengan itu, ia menjadi satu
perjuangan sukar yang berpanjangan.
Melalui
kapasiti yang unik sebagai jentera perdana dunia bagi kerjasama antarabangsa,
sistem PBB memainkan peranan dalam menyelaras bantuan untuk disalurkan ke
Afrika. Sementara itu, bagi menggalakkan lagi pembangunan institusi demokrasi
kepada pewujudan keamanan antara negara-negara yang bergolak. PBB tampil untuk
menyokong pembangunan ekonomi dan sosial serta promosi dan hak perlindungan hak
asasi manusia.
Menerusi
usaha ini, PBB bekerjasama rapat dengan mekanisme kerjasama serantau Afrika dan
mempunyai 6 operasi keamanan aktif pada masa ini. Malahan, terdapat Pasukan
Pengaman PBB yang berkhidmatan dalam dua misi di Sudan, termasuk satu di
Darfur, Liberia, Republik Demokratik Congo dan Sahara Barat.
No comments:
Post a Comment