
NEW YORK, 22 Januari 2008 – Fatma, 2 tahun, merupakan salah seorang dari beribu-ribu orang kanak-kanak di Kenya yang bejaya diselamatkan dengan menggunakan langkah-langkah pencegahan yang mudah dan murah.
Pengedaran kelambu-kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga di Kenya telah menurunkan kadar kematian yang disebabkan oleh malaria kepada separuh dalam masa lima tahun yang lepas. Kejayaan ini merupakan salah satu daripada pelbagai program-program kesihatan berdasarkan masyarakat, di mana UNICEF percaya, ianya merupakan kunci utama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium iaitu menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua pertiga – serta mencapai lain-lain MDG – menjelang tahun 2015.
Program ini diperluaskan di seluruh dunia – daripada iodisasi garam di Turkmenistan, yang telah membantu menghapuskan kekurangan penyakit iodine, kepada pusat masyarakat di Argentina yang memberi sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya yang mempunyai keperluan-keperluan khas. Inisiatif ini mempunyai pelbagai tujuan tetapi ianya adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu menangani masalah-masalah kesihatan kanak-kanak dengan menggunakan kos yang rendah dan efektif.
.jpg)
Laporan utama Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 UNICEF, yang telah dilancarkan pada hari ini di Geneva, mengatakan bahawa keperluan kesihatan wanita, para ibu dan bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberi keutamaan sekiranya MDG ingin dicapai. Maklumat terbaru ini yang didapati di dalam laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 adalah hasil data kaji selidik rumahtangga beserta bahan-bahan dari rakan-rakan kerjasama yang utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.
Di antara para pembentang dan para hadirin yang berada di upcara pelancaran pada hari ini adalah Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman; Ketua Pengarah Badan Kesihatan Sedunia, Dr. Margaret Chan; Timbalan Presiden Jaringan Perkembangan Sumber Manusia Bank Dunia, Joy Phumaphi; dan Pesuruhjaya bagi Hubungan Sosial bagi Kesatuan Afrika, Bience P. Gawanas.
“Dunia telah menyaksikan pelbagai kemajuan telah dicapai di dalam kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak dan dengan perkongsian dan kerjasama yang bersesuaian, dasar-dasar dan program-program, lebih banyak lagi yang boleh dicapai,” kata Cik. Veneman ketika berlangsungnya siding akhbar di Geneva. “Cabaran kita adalah bagaimana untuk mencapai berjuta-juta orang kanak-kanak dan keluarga yang masih terus hidup tanpa penjagaan rawatan dan pencegahan yang mencukupi.”
No comments:
Post a Comment