Daripada data-data yang ada, menunjukkan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kemiskinan di Asia dan Afrika adalah wanita. Faktor kemiskinan ini telah mendorong wanita-wanita di Thailand, termasuk gadis-gadis di bawah umur menjual diri di bursa seks kelas bawahan dengan harga puluhan ringgit sahaja. Begitu juga golongan wanita-wanita di Filipina, antara tahun 1987-1992, kira-kira 261 527 orang wanita, umumnya berusia belasan tahun, memasuki pasaran Jepun sebagai wanita penghibur. Kemiskinan juga turut bertaburan di Bangladesh, Sri Lanka, India, Indonesia dan sebahagian besar juga datangnya dari negara-negara Afrika.
Di Asia, 35 anggota pelbagai organisasi dari 11 negara Asia, memberikan perhatian amat besar kepada wanita, memberitahu bahawa perbezaan ketara dalam pembangunan ekonomi, teknologi dan sistem harga yang lebih adil dalam model pembangunan yang kemukakan oleh Bank Dunia serta Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), menyebabkan banyak negara dan manusia terus menerus dihimpit dalam arus kemiskinan.
Program penstrukturan ekonomi yang direncanakan oleh Bank Dunia bersama-sama IMF kepada negara-negara penghutang, sekali lagi terus membuat rakyat miskin menjadi bertambah miskin. Peningkatan kadar kemiskinan serta berkurangnya pekerjaan yang produktif dengan gaji kecil di negara asal, memaksa golongan lelaki dan perempuan, termasuk golongan kanak-kanak, bermigrasi ke luar negara dan sehingga ke saat ini terdapat kira-kira 12 juta pekerja migran dari Asia, separuh diantaranya perempuan, dan jumlah ini terus bertambah sehingga ke hari ini.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas hasil pembawaan fahaman Kapitalisme, melalui Bank Dunia dan IMF melahirkan kemiskinan yang semakin luas di Asia dan Afrika.
Di negara sosialis seperti China, masalah yang dihadapi tidak jauh berbeza kerana kemiskinan masih menghantui sebagian besar masyarakatnya. Dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, untuk meningkatkan taraf ekonominya, China banyak menjalankan program yang agak kontroversi dengan mengawal kelahiran di sana. Setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki seorang cahaya mata.
Negara itu berkeyakinan dengan mengawal pertumbuhan penduduk ia adalah demi kepentingan seluruh rakyat China dan dengan mengorbankan kepentingan peribadi sambil pembudayaan yang mengagungkan kelahiran bayi lelaki jadi kelahiran bayi perempuan hanya akan mengakibatkan pengguguran. Jadi, tindakan itu sama seperti membunuh! Itulah realiti dan di sini menjadi bukti sejarah jahiliyah telah terulang.
No comments:
Post a Comment