Tuesday, December 10, 2013

Hak Kanak-kanak


ISU penderaan, penyeludupan, mangsa peperangan dan jangkitan penyakit adalah antara masalah yang sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak.
Golongan yang mewakili satu pertiga daripada keseluruhan penduduk dunia hari ini terus menjadi sasaran terutama pihak yang tidak bertanggungjawab.
Lebih membimbangkan golongan ini gagal mendapatkan hak mereka seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989.
Konvensyen ini mengesahkan hakikat bahawa kanak-kanak, oleh kerana mudah dipengaruhi, memerlukan penjagaan dan perlindungan khas serta meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab pelindung oleh keluarga.
Justeru dalam memastikan golongan ini terus terpelihara, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mendapatkan hak-hak ini.
Perkara ini diakui sendiri Penolong Pengarah (Kanak-Kanak), Bahagian Advokasi dan Perundangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Teoh Kim Lian, ketika menyampaikan ceramah pada Bengkel CRC Zon Tengah anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak adalah aset penting dalam sesebuah negara. Malah, golongan ini bakal membentuk masyarakat dan generasi akan datang dengan lebih sempurna dan berketerampilan. Justeru, dalam memastikan usaha ini tercapai, perkembangan mental dan fizikal mereka perlu diberi penekanan bagi kesempurnaan hidup yang sejahtera.
Namun, sayangnya kata Teoh, tidak kesemua daripada mereka berkesempatan untuk menikmati kualiti hidup yang sewajarnya. Di banyak tempat di dunia ini, terutama di negara-negara yang miskin di Afrika, Asia, dan Amerika Latin, kanak-kanak hidup dalam serba kedaifan.
Masalah kemiskinan dan kebuluran yang melanda negara terlibat ternyata memberi kesan mendalam kepada pembangunan sosial dan mental kanak-kanak yang tidak berdaya.
Ramai daripada kanak-kanak ini hidup dalam serba kekurangan zat makanan seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya,'' ujarnya.
Kata Teoh, dalam peringkat umur sebegini, mereka wajar menikmati alam kanak-kanak dengan sempurna.
Ini termasuklah hak mereka untuk mendapatkan perlindungan kesihatan, pemakanan yang berzat dan juga pendidikan yang berkualiti.

Thursday, December 5, 2013

LAPORAN UNICEF - PENDIDIKAN DI REPUBLIK AFRIKA TENGAH HANCUR AKIBAT KONFLIK

PBB,NEW YORK - UNICEF menyeru kerajaan Republik Afrika Tengah (CAR) agar melakukan tindakan cepat bagi menyelamatkan sistem pendidikan daripada kehancuran akibat konflik di CAR. Pendidikan menjadi korban terhadap konflik di CAR, separuh sekolah di negeri tersebut ditutup dan beratus-ratus ribu pelajar terancam kehilangan pembelajaran sepanjang tahun.

Selain itu, Kerajaan baru harus mengutamakan perlindungan dan penanaman modal pada sistem pendidikan negara tersebut, untuk menghormati dan memenuhi hak-hak dasar kanak-kanak bagi pendidikan dan menyediakan generasi kanak-kanak ini dengan harapan bagi masa depan yang sihat," kata Souleymane Diabate, Wakil UNICEF di CAR. Di negara itu ada lebih dari satu juta anak berhenti sekolah . Sekurang-kurangnya 250,000 anak yang memulakan pembelajaran di sekolah rendah  pada sesi  2012-2013 dan 30,000 anak di sekolah menengah pada awal krisis , boleh kehilangan pembelajaran sepanjang hayat jika semua sekolah tidak dibuka kembali dalam beberapa minggu ke hadapan.

Sejak pasukan gerila  melancarkan serangan pada Disember , 1.2 juta orang telah kehilangan perkhidmatan asas dan pelanggaran hak asasi manusia meluas ketika serangan gerila. Tiga minggu selepas perikatan gerila merebut kuasa dalam rampasan kuasa tentera , ketidak - amanan  semakin meluas , rompakan dan rusuhan telah membuat nyawa anak - anak terancam dalam bahaya yang lebih besar daripada sebelumnya di CAR . Tambahan lagi,UNICEF melaporkan  Sejak 12 April , pertempuran di Ibu Kota CAR , Bangui  telah membunuh anak-anak kecil dan membuat 25 kanak-kanak lagi cedera  dan 4 orang dalam keadaan kritikal.  Sejak pertengkaran terjadi lagi pada akhir Mac , banyak kanak-kanak telah menjadi mangsa peluru sesat, sementara yang lain telah direkrut oleh kumpulan bersenjata  dan kes kekerasan seksual juga meningkat .




Menurut UNICEF , sistem pendidikan di CAR " sangat lemah " walaupun sebelum krisis berlaku. Angka buta huruf di kalangan perempuan muda berjumlah 27.4 peratus dan lelaki muda 51.1 peratus . Sebanyak 65 peratus guru adalah orang tua yang tidak memenuhi syarat jadi pendidik dan menawarkan diri secara sukarela menjadi guru . Penghalang utama bagi pembukaan kembali sekolah ialah para guru yang telah menyelamatkan diri dari konflik di kawasan bergolak, belum kembali ke masyarakat mereka untuk mengajar kanak-kanak . Selain itu, UNICEF juga  sedang meneliti  untuk menyediakan ruang selamat bagi anak - anak untuk belajar dan bermain di pelbagai daerah ketika mereka mengenalpasti kawasan yang boleh diberi keutamaan bagi kesinambungan kegiatan pendidikan untuk kanak-kanak di CAR . Lembaga tersebut juga menyeru Kerajaan CAR dan semua pihak dalam konflik itu untuk memastikan akses selamat buat anak -anak, orang tua dan guru ke sekolah sehingga membolehkan mereka memulakan kembali kegiatan belajar dan mengajar.

Tuesday, December 3, 2013

AFRIKA SELATAN BERIKAN KEUTAMAAN TERHADAP PENDIDIKAN

Di Afrika Selatan 1 juta anak dalam setahun berhenti dari sekolah. Untuk itu, Kerajaan Afrika Selatan menetapkan hidangan terbesar untuk pendidikan dalam anggaran belanjanya berbanding dengan sektor-sektor lain.

Menteri Kewangan, Pravin Gordhan menyatakan saat menyampaikan bajet di Parlimen, beliau mendedahkan anggaran pendidikan untuk setahun akan datang untuk pendidikan  hampir mencapai 1 trilion rand bersamaan US $ 110 bilion.

Tambahan beliau, Bajet akan digunakan untuk mengatasi keciciran persekolahan dengan anggaran setiap tahun kira-kira satu juta anak-anak berhenti sekolah kerana harus bekerja.

Wartawan BBC di Johannesburg, Milton Nkosi, melaporkan kerajaan juga mencadangkan kepada Parlimen agar diterapkan pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang menggaji kaum muda.

Untuk mencipta lapangan kerja, kerajaan akan melakukan pelaburan dengan nilai US $ 94 bilion dalam bentuk pembangunan dan perbaikan prasarana selama tiga tahun akan datang terhadap pendidikan.