Monday, September 30, 2013

Latar Belakang Afrika

Pada akhir Perang Dunia ke-2 iaitu pada tahun 1945, hampir setiap negara di Afrika adalah tertakhluk di bawah pemerintahan atau penjajahan kolonial. Dengan penubuhan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 dan usaha dekolonisasi secara besar-besaram, Afrika telah mencapai kebebasan. Oleh itu, pada masa kini dapat dilihat Kesatuan Afrika mempunyai 53 negara anggota bebas.
      Autonomi Afrika yang baru ini bagaimanapun menghadapi cabaran besar di mana berlaku kemiskinan, penyakit, pemakanan tidak seimbang dan isu tol yang telah diambil alih oleh konflik serantau yang berterusan. Dengan itu, ia menjadi satu perjuangan sukar yang berpanjangan.
      Melalui kapasiti yang unik sebagai jentera perdana dunia bagi kerjasama antarabangsa, sistem PBB memainkan peranan dalam menyelaras bantuan untuk disalurkan ke Afrika. Sementara itu, bagi menggalakkan lagi pembangunan institusi demokrasi kepada pewujudan keamanan antara negara-negara yang bergolak. PBB tampil untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial serta promosi dan hak perlindungan hak asasi manusia.
      Menerusi usaha ini, PBB bekerjasama rapat dengan mekanisme kerjasama serantau Afrika dan mempunyai 6 operasi keamanan aktif pada masa ini. Malahan, terdapat Pasukan Pengaman PBB yang berkhidmatan dalam dua misi di Sudan, termasuk satu di Darfur, Liberia, Republik Demokratik Congo dan Sahara Barat.