Tuesday, December 10, 2013

Hak Kanak-kanak


ISU penderaan, penyeludupan, mangsa peperangan dan jangkitan penyakit adalah antara masalah yang sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak.
Golongan yang mewakili satu pertiga daripada keseluruhan penduduk dunia hari ini terus menjadi sasaran terutama pihak yang tidak bertanggungjawab.
Lebih membimbangkan golongan ini gagal mendapatkan hak mereka seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989.
Konvensyen ini mengesahkan hakikat bahawa kanak-kanak, oleh kerana mudah dipengaruhi, memerlukan penjagaan dan perlindungan khas serta meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab pelindung oleh keluarga.
Justeru dalam memastikan golongan ini terus terpelihara, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mendapatkan hak-hak ini.
Perkara ini diakui sendiri Penolong Pengarah (Kanak-Kanak), Bahagian Advokasi dan Perundangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Teoh Kim Lian, ketika menyampaikan ceramah pada Bengkel CRC Zon Tengah anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak adalah aset penting dalam sesebuah negara. Malah, golongan ini bakal membentuk masyarakat dan generasi akan datang dengan lebih sempurna dan berketerampilan. Justeru, dalam memastikan usaha ini tercapai, perkembangan mental dan fizikal mereka perlu diberi penekanan bagi kesempurnaan hidup yang sejahtera.
Namun, sayangnya kata Teoh, tidak kesemua daripada mereka berkesempatan untuk menikmati kualiti hidup yang sewajarnya. Di banyak tempat di dunia ini, terutama di negara-negara yang miskin di Afrika, Asia, dan Amerika Latin, kanak-kanak hidup dalam serba kedaifan.
Masalah kemiskinan dan kebuluran yang melanda negara terlibat ternyata memberi kesan mendalam kepada pembangunan sosial dan mental kanak-kanak yang tidak berdaya.
Ramai daripada kanak-kanak ini hidup dalam serba kekurangan zat makanan seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya,'' ujarnya.
Kata Teoh, dalam peringkat umur sebegini, mereka wajar menikmati alam kanak-kanak dengan sempurna.
Ini termasuklah hak mereka untuk mendapatkan perlindungan kesihatan, pemakanan yang berzat dan juga pendidikan yang berkualiti.

Thursday, December 5, 2013

LAPORAN UNICEF - PENDIDIKAN DI REPUBLIK AFRIKA TENGAH HANCUR AKIBAT KONFLIK

PBB,NEW YORK - UNICEF menyeru kerajaan Republik Afrika Tengah (CAR) agar melakukan tindakan cepat bagi menyelamatkan sistem pendidikan daripada kehancuran akibat konflik di CAR. Pendidikan menjadi korban terhadap konflik di CAR, separuh sekolah di negeri tersebut ditutup dan beratus-ratus ribu pelajar terancam kehilangan pembelajaran sepanjang tahun.

Selain itu, Kerajaan baru harus mengutamakan perlindungan dan penanaman modal pada sistem pendidikan negara tersebut, untuk menghormati dan memenuhi hak-hak dasar kanak-kanak bagi pendidikan dan menyediakan generasi kanak-kanak ini dengan harapan bagi masa depan yang sihat," kata Souleymane Diabate, Wakil UNICEF di CAR. Di negara itu ada lebih dari satu juta anak berhenti sekolah . Sekurang-kurangnya 250,000 anak yang memulakan pembelajaran di sekolah rendah  pada sesi  2012-2013 dan 30,000 anak di sekolah menengah pada awal krisis , boleh kehilangan pembelajaran sepanjang hayat jika semua sekolah tidak dibuka kembali dalam beberapa minggu ke hadapan.

Sejak pasukan gerila  melancarkan serangan pada Disember , 1.2 juta orang telah kehilangan perkhidmatan asas dan pelanggaran hak asasi manusia meluas ketika serangan gerila. Tiga minggu selepas perikatan gerila merebut kuasa dalam rampasan kuasa tentera , ketidak - amanan  semakin meluas , rompakan dan rusuhan telah membuat nyawa anak - anak terancam dalam bahaya yang lebih besar daripada sebelumnya di CAR . Tambahan lagi,UNICEF melaporkan  Sejak 12 April , pertempuran di Ibu Kota CAR , Bangui  telah membunuh anak-anak kecil dan membuat 25 kanak-kanak lagi cedera  dan 4 orang dalam keadaan kritikal.  Sejak pertengkaran terjadi lagi pada akhir Mac , banyak kanak-kanak telah menjadi mangsa peluru sesat, sementara yang lain telah direkrut oleh kumpulan bersenjata  dan kes kekerasan seksual juga meningkat .




Menurut UNICEF , sistem pendidikan di CAR " sangat lemah " walaupun sebelum krisis berlaku. Angka buta huruf di kalangan perempuan muda berjumlah 27.4 peratus dan lelaki muda 51.1 peratus . Sebanyak 65 peratus guru adalah orang tua yang tidak memenuhi syarat jadi pendidik dan menawarkan diri secara sukarela menjadi guru . Penghalang utama bagi pembukaan kembali sekolah ialah para guru yang telah menyelamatkan diri dari konflik di kawasan bergolak, belum kembali ke masyarakat mereka untuk mengajar kanak-kanak . Selain itu, UNICEF juga  sedang meneliti  untuk menyediakan ruang selamat bagi anak - anak untuk belajar dan bermain di pelbagai daerah ketika mereka mengenalpasti kawasan yang boleh diberi keutamaan bagi kesinambungan kegiatan pendidikan untuk kanak-kanak di CAR . Lembaga tersebut juga menyeru Kerajaan CAR dan semua pihak dalam konflik itu untuk memastikan akses selamat buat anak -anak, orang tua dan guru ke sekolah sehingga membolehkan mereka memulakan kembali kegiatan belajar dan mengajar.

Tuesday, December 3, 2013

AFRIKA SELATAN BERIKAN KEUTAMAAN TERHADAP PENDIDIKAN

Di Afrika Selatan 1 juta anak dalam setahun berhenti dari sekolah. Untuk itu, Kerajaan Afrika Selatan menetapkan hidangan terbesar untuk pendidikan dalam anggaran belanjanya berbanding dengan sektor-sektor lain.

Menteri Kewangan, Pravin Gordhan menyatakan saat menyampaikan bajet di Parlimen, beliau mendedahkan anggaran pendidikan untuk setahun akan datang untuk pendidikan  hampir mencapai 1 trilion rand bersamaan US $ 110 bilion.

Tambahan beliau, Bajet akan digunakan untuk mengatasi keciciran persekolahan dengan anggaran setiap tahun kira-kira satu juta anak-anak berhenti sekolah kerana harus bekerja.

Wartawan BBC di Johannesburg, Milton Nkosi, melaporkan kerajaan juga mencadangkan kepada Parlimen agar diterapkan pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang menggaji kaum muda.

Untuk mencipta lapangan kerja, kerajaan akan melakukan pelaburan dengan nilai US $ 94 bilion dalam bentuk pembangunan dan perbaikan prasarana selama tiga tahun akan datang terhadap pendidikan.


Wednesday, November 27, 2013

Tanggungjawab Sosial Terhadap Kanak-Kanak (Part 2)

Laporan UNICEF juga menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan mempunyai kecendurangan untuk dieksploitasi dan didera barbanding kanak-kanak lelaki. Sesebuah syarikat yang bertanggungjawab sosial boleh menyumbang kepada pelbagai pembangunan masyarakat dan ini secara langsung akan dapat membantu menaikkan imej syarikat tersebut. 

Di negara- negara Barat, pengguna-pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara ini dan mereka akan memboikot sesuatu barangan atau perkhidmatan jika ianya dikeluarkan oleh syarikat yan melibatkan buruh kanak- kanak. 

Oleh itu , adalah penting untuk pengguna-pengguna di Malaysia untuk memperkasakan diri mereka dengan maklumat-maklumat seperti ini dan menjadi seorang pengguna yang lebih bertanggungjawab dan membantu membendung buruh kanak-kanak

Syarikat-syarikat seperti ini harus mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja mereka. Walaupun tidak ada undang- undang di sesebuah negara yang melarang penggunaan buruh kanak-kanak, mereka dengan sendiri harus mempunyai kesedaran ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak-kanak untuk bekerja .  

Thursday, November 21, 2013

Tanggungjawab Sosial Terhadap Kanak-Kanak (Part 1)

United Nations Children's Fund (UNICEF) menggangarkan bahawa terdapat sebanyak 158 juta kanak-kanak buruh yang berumur dari 5 -14 tahun iaitu dengan nisbah 1 kepada 6 kanak- kanak di seluruh dunia.

      Jutaan kanak-kanak terlibat dalam situasi berbahaya seperti bekerja di tapak perlombongan, pendedahan kepada bahan kimia dan racun perosak dalam pertanian atau bekerja dengan menggunakan mesin yang berbahaya. Di Sub-Sahara Afrika sekitar satu daripada tiga kanak-kanak terlibat dalam perburuhan kanak-kanak yang membawa kepada 69 juta kanak - kanak. Di negara Pakistan, terdapat kira- kira 12 juta buruh kanak-kanak dan  di Asia Selatan, sebanyak 44 juta kanak-kanak terlibat dalam perburuhan. Anggaran antarabangsa terkini untuk petunjuk ini telah dilaporkan dalam (Perlindungan Kanak- Kanak ) Jadual 9 - Penerbitan Tahunan UNICEF. 
          
       Di sesetengah negara, terdapat syarikat-syarikat yang menggunakan buruh kanak- kanak. Terdapat beberapa negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal atau mengalang penggunaan buruh kanak–kanak. Tetapi sesetengah negara mempunyai undang-undang yang lemah dan penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak dapat membendung pengunaan kanak-kanak untuk berkerja.

      Syarikat–syarikat seperti ini harus mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja mereka. Walaupun tidak ada undang- undang di sesebuah negara yang melarang penggunaan buruh kanak- kanak, mereka dengan sendiri harus mempunyai kesedaran ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak-kanak untuk bekerja .  

Gambar : Kanak-kanak yang terpaksa menjadi buruh
Kanak-kanak ini kadang-kala bekerja dalam keadaan yang tersembunyi iaitu sebagai pembantu rumah, bengkel membaiki kereta dan motosikal, dan ladang- ladang pertanian.

Friday, November 15, 2013

Penentangan Malaysia terhadap Dasar Politik Apartheid

Pada umumnya, penentangan negara Malaysia terhadap dasar yang mendiskriminasi hak kemanusiaan bermula sejah pemerintahan Tunku Abdul Rahman menerusi penyertaan Malaysia ke dalam Komanwel.
Malahan, penentangan ini diteruskan oleh perdana menteri selepas beliau.

Konstruktivisme Sosial & Hubungan Antarabangsa Malaysia

Wednesday, November 13, 2013

Laporan UNICEF - Kesihatan Masyarakat Merupakan Kunci Menurunkan Kadar Kematian kanak-kanak (Part 1)



NEW YORK, 22 Januari 2008 – Fatma, 2 tahun, merupakan salah seorang dari beribu-ribu orang kanak-kanak di Kenya yang bejaya diselamatkan dengan menggunakan langkah-langkah pencegahan yang mudah dan murah.
Pengedaran kelambu-kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga di Kenya telah menurunkan kadar kematian yang disebabkan oleh malaria kepada separuh dalam masa lima tahun yang lepas. Kejayaan ini merupakan salah satu daripada pelbagai program-program kesihatan berdasarkan masyarakat, di mana UNICEF percaya, ianya merupakan kunci utama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium iaitu menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua pertiga – serta mencapai lain-lain MDG – menjelang tahun 2015.
Program ini diperluaskan di seluruh dunia – daripada iodisasi garam di Turkmenistan, yang telah membantu menghapuskan kekurangan penyakit iodine, kepada pusat masyarakat di Argentina yang memberi sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya yang mempunyai keperluan-keperluan khas. Inisiatif ini mempunyai pelbagai tujuan tetapi ianya adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu menangani masalah-masalah kesihatan kanak-kanak dengan menggunakan kos yang rendah dan efektif.



Laporan utama Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 UNICEF, yang telah dilancarkan pada hari ini di Geneva, mengatakan bahawa keperluan kesihatan wanita, para ibu dan bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberi keutamaan sekiranya MDG ingin dicapai. Maklumat terbaru ini yang didapati di dalam laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 adalah hasil data kaji selidik rumahtangga beserta bahan-bahan dari rakan-rakan kerjasama yang utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.
Di antara para pembentang dan para hadirin yang berada di upcara pelancaran pada hari ini adalah Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman; Ketua Pengarah Badan Kesihatan Sedunia, Dr. Margaret Chan; Timbalan Presiden Jaringan Perkembangan Sumber Manusia Bank Dunia, Joy Phumaphi; dan Pesuruhjaya bagi Hubungan Sosial bagi Kesatuan Afrika, Bience P. Gawanas.
“Dunia telah menyaksikan pelbagai kemajuan telah dicapai di dalam kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak dan dengan perkongsian dan kerjasama yang bersesuaian, dasar-dasar dan program-program, lebih banyak lagi yang boleh dicapai,” kata Cik. Veneman ketika berlangsungnya siding akhbar di Geneva. “Cabaran kita adalah bagaimana untuk mencapai berjuta-juta orang kanak-kanak dan keluarga yang masih terus hidup tanpa penjagaan rawatan dan pencegahan yang mencukupi.”