Wednesday, November 27, 2013

Tanggungjawab Sosial Terhadap Kanak-Kanak (Part 2)

Laporan UNICEF juga menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan mempunyai kecendurangan untuk dieksploitasi dan didera barbanding kanak-kanak lelaki. Sesebuah syarikat yang bertanggungjawab sosial boleh menyumbang kepada pelbagai pembangunan masyarakat dan ini secara langsung akan dapat membantu menaikkan imej syarikat tersebut. 

Di negara- negara Barat, pengguna-pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara ini dan mereka akan memboikot sesuatu barangan atau perkhidmatan jika ianya dikeluarkan oleh syarikat yan melibatkan buruh kanak- kanak. 

Oleh itu , adalah penting untuk pengguna-pengguna di Malaysia untuk memperkasakan diri mereka dengan maklumat-maklumat seperti ini dan menjadi seorang pengguna yang lebih bertanggungjawab dan membantu membendung buruh kanak-kanak

Syarikat-syarikat seperti ini harus mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja mereka. Walaupun tidak ada undang- undang di sesebuah negara yang melarang penggunaan buruh kanak-kanak, mereka dengan sendiri harus mempunyai kesedaran ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak-kanak untuk bekerja .  

Thursday, November 21, 2013

Tanggungjawab Sosial Terhadap Kanak-Kanak (Part 1)

United Nations Children's Fund (UNICEF) menggangarkan bahawa terdapat sebanyak 158 juta kanak-kanak buruh yang berumur dari 5 -14 tahun iaitu dengan nisbah 1 kepada 6 kanak- kanak di seluruh dunia.

      Jutaan kanak-kanak terlibat dalam situasi berbahaya seperti bekerja di tapak perlombongan, pendedahan kepada bahan kimia dan racun perosak dalam pertanian atau bekerja dengan menggunakan mesin yang berbahaya. Di Sub-Sahara Afrika sekitar satu daripada tiga kanak-kanak terlibat dalam perburuhan kanak-kanak yang membawa kepada 69 juta kanak - kanak. Di negara Pakistan, terdapat kira- kira 12 juta buruh kanak-kanak dan  di Asia Selatan, sebanyak 44 juta kanak-kanak terlibat dalam perburuhan. Anggaran antarabangsa terkini untuk petunjuk ini telah dilaporkan dalam (Perlindungan Kanak- Kanak ) Jadual 9 - Penerbitan Tahunan UNICEF. 
          
       Di sesetengah negara, terdapat syarikat-syarikat yang menggunakan buruh kanak- kanak. Terdapat beberapa negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal atau mengalang penggunaan buruh kanak–kanak. Tetapi sesetengah negara mempunyai undang-undang yang lemah dan penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak dapat membendung pengunaan kanak-kanak untuk berkerja.

      Syarikat–syarikat seperti ini harus mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja mereka. Walaupun tidak ada undang- undang di sesebuah negara yang melarang penggunaan buruh kanak- kanak, mereka dengan sendiri harus mempunyai kesedaran ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak-kanak untuk bekerja .  

Gambar : Kanak-kanak yang terpaksa menjadi buruh
Kanak-kanak ini kadang-kala bekerja dalam keadaan yang tersembunyi iaitu sebagai pembantu rumah, bengkel membaiki kereta dan motosikal, dan ladang- ladang pertanian.

Friday, November 15, 2013

Penentangan Malaysia terhadap Dasar Politik Apartheid

Pada umumnya, penentangan negara Malaysia terhadap dasar yang mendiskriminasi hak kemanusiaan bermula sejah pemerintahan Tunku Abdul Rahman menerusi penyertaan Malaysia ke dalam Komanwel.
Malahan, penentangan ini diteruskan oleh perdana menteri selepas beliau.

Konstruktivisme Sosial & Hubungan Antarabangsa Malaysia

Wednesday, November 13, 2013

Laporan UNICEF - Kesihatan Masyarakat Merupakan Kunci Menurunkan Kadar Kematian kanak-kanak (Part 1)

NEW YORK, 22 Januari 2008 – Fatma, 2 tahun, merupakan salah seorang dari beribu-ribu orang kanak-kanak di Kenya yang bejaya diselamatkan dengan menggunakan langkah-langkah pencegahan yang mudah dan murah.
Pengedaran kelambu-kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga di Kenya telah menurunkan kadar kematian yang disebabkan oleh malaria kepada separuh dalam masa lima tahun yang lepas. Kejayaan ini merupakan salah satu daripada pelbagai program-program kesihatan berdasarkan masyarakat, di mana UNICEF percaya, ianya merupakan kunci utama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium iaitu menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua pertiga – serta mencapai lain-lain MDG – menjelang tahun 2015.
Program ini diperluaskan di seluruh dunia – daripada iodisasi garam di Turkmenistan, yang telah membantu menghapuskan kekurangan penyakit iodine, kepada pusat masyarakat di Argentina yang memberi sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya yang mempunyai keperluan-keperluan khas. Inisiatif ini mempunyai pelbagai tujuan tetapi ianya adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu menangani masalah-masalah kesihatan kanak-kanak dengan menggunakan kos yang rendah dan efektif.

Laporan utama Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 UNICEF, yang telah dilancarkan pada hari ini di Geneva, mengatakan bahawa keperluan kesihatan wanita, para ibu dan bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberi keutamaan sekiranya MDG ingin dicapai. Maklumat terbaru ini yang didapati di dalam laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 adalah hasil data kaji selidik rumahtangga beserta bahan-bahan dari rakan-rakan kerjasama yang utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.
Di antara para pembentang dan para hadirin yang berada di upcara pelancaran pada hari ini adalah Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman; Ketua Pengarah Badan Kesihatan Sedunia, Dr. Margaret Chan; Timbalan Presiden Jaringan Perkembangan Sumber Manusia Bank Dunia, Joy Phumaphi; dan Pesuruhjaya bagi Hubungan Sosial bagi Kesatuan Afrika, Bience P. Gawanas.
“Dunia telah menyaksikan pelbagai kemajuan telah dicapai di dalam kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak dan dengan perkongsian dan kerjasama yang bersesuaian, dasar-dasar dan program-program, lebih banyak lagi yang boleh dicapai,” kata Cik. Veneman ketika berlangsungnya siding akhbar di Geneva. “Cabaran kita adalah bagaimana untuk mencapai berjuta-juta orang kanak-kanak dan keluarga yang masih terus hidup tanpa penjagaan rawatan dan pencegahan yang mencukupi.”

Sunday, November 10, 2013

Tradisi Unik Wanita Afrika

Apa yang anda bayangkan bila mendengar gusi warna hitam? Mungkin anda berpikir bahawa orang yang memilikinya adalah orang yang jarang merawat gigi atau sering merokok. Namun tahukah Anda bahwa gusi menghitam adalah bentuk kecantikan di Afrika?

Tradisi ini dinamakan menato gusi. Bila orang kebanyakan rela bersakit-sakit untuk menato kulit yang masih cukup kuat menahan panas, bolehkah anda membayangkan sakitnya gusi yang sensitif harus ditato?  Namun kebiasaan ini merupakan satu budaya  yang menunjukkan kecantikan wanita di Afrika.

Prosedur penatoan menggunakan campuran minyak panas, shea butter dan bubuk hitam. Penato tidak akan menggambar gusi seperti kebanyakan tato, melainkan hanya mengoleskannya pada seluruh gusi. Namun hal ini menjadi ritual yang menyakitkan karena harus dilakukan hingga 7 kali untuk bisa mendapatkan hasil yang sempurna.

Mungkin bagi kita, menghitamkan gusi seperti itu malah akan memberikan kesan kurang bersih. Namun anggapan di sana berbeda. Wanita di daerah Thies, Senegal meyakini bahwa dengan gusi hitam, senyum mereka akan nampak lebih indah, bahkan dapat menghilangkan bau mulut dan baik untuk gigi.

Kecantikan pada setiap negara memang relatif. Sebagaimana tidak semua orang menganggap langsing itu cantik, maka orang Afrika tak menganggap hitam itu hodoh.

Thursday, November 7, 2013

Respon Dunia Terhadap Dasar Apartheid

Secara umumnya, Dasar Apartheid yang dilaksanakan secara menyuruh di Afrika Selatan mendapat tentangan dunia. Hal ini dapat dilihat menerusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk perbuatan tersebut. Malahan, pelbagai respon yang dapat dilihat terhadap konflik tersebut termasuklah dalam konteks Malaysia sendiri.

  • Mei 1960, Persidangan Komanwel, Tunku Abdul Rahman dengan lantang menyuarakan penentangan terhadap Dasar Apartheid - Penglibatan Malaysia terhadap penentangan Dasar Apartheid melalui pertubuhan Komanwel dengan interaksi yang saling mempengaruhi antara agen dengan struktur. Dalam hal ini, agen merujuk kepada negara Malaysia, manakala struktur ialah pertubuhan Komanwel dan konvesyen hak asasi manusia. 
  • Tahun 1961, isu berhubung Dasar Apartheid dibincangkan dengan lebih hebat lagi di mana Mr. Diefenbaker (Perdana Menteri Canada) dan Dr. Nkrumah (Ghana) telah menggantikan peranan Tunku Abdul Rahman ketika Persidangan Komanwel.
  • Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman secara peribadi menunjukkan minat terhadap penentangan dasar tersebut apabila beliau membuat ucapan yang tegas menentang dasar Apartheid kerajaan Afrika Selatan.
  • Tahun 1961, Afrika Selatan memohon untuk menjadi anggota Komanwel apabila ia menjadi sebuah republik. Dengan itu, syarat penerimaan bagi Afrika Selatan untuk menganggotai Komanwel sekiranya Dasar Apartheid diubah.
  • Tahun 1970-an, masalah penindasan terhadap orang kulit hitam masih belum selesai menyebabkan Malaysia menerusi Tunku Abdul Rahman menyuarakan kritikannya terhadap persidangan antarabangsa dan perjumpaan rasmi ketua-ketua negara. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap respon Komanwel yang dianggap lembap dan tidak efektif. 
  • Malaysia menentang penjualan senjata kepada Afrika Selatan oleh kerajaan Britain yang digunakan bagi mempertahankan kelangsungan politik serta menyeksa dan membunuh penduduk kulit hitam.
  • Tahun 1985, pendirian Malaysia terhadap Dasar Apartheid semakin tegas ketika era pemerintahan Tun Mahathir yang telah mencadangkan agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap Afrika Selatan ketika Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas - mendapat sokongan kerajaan Canada dan Australia tetapi tidak disenangi Britain sehingga Malaysia enggan menyertai Sukan Komanwel sebagai protes terhadap Britain yang enggan mengenakan sekatan ekonomi. 
  • Tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Komanwel dengan mencadangkan sekatan ekonomi dari segi kewangan, perdaganag serta pelaburan.
  • Tahun 2002, Rome Statue of International Criminal Court telah memfailkan perbuatan 'apartheid' sebagai jenayah terhadap kemanusiaan yang berkaitan dengan segregasi atau pemisahan kaum. Malahan, ia juga merupakan suatu perlakuan diskriminasi terhadap sesuatu kaum.

Monday, November 4, 2013

Laporan UNICEF - Kesihatan Masyarakat Merupakan Kunci Menurunkan Kadar Kematian kanak-kanak (Part 2)

UNICEF percaya bahawa para pemimpin politik dari negara-negara berindustri G8 harus mengetengahkan isu tentang kesihatan kanak-kanak sebagai lebih daripada kepentingan moral malahan juga sebagai satu keutamaan di dalam perkembangan. Pengalaman lepas menunjukkan bahawa manfaat yang didapati daripada kesihatan masyarakat tersebar luas menjangkaui lebih dari kanak-kanak.
Sebagai contohnya, kempen kelambu yang dilaksanakan di Kenya, telah membawa kesan yang mendadak di dalam memperbaiki produktiviti negara tersebut, ini kerana malaria adalah merupakan punca utama pekerja tidak hadir untuk bekerja. Di Turkmenistan, kanak-kanak seperti Atabay Uzbayev, 13 tahun, tidak perlu bimbang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh kekurangan iodin, dan kini mereka bebas untuk merancang masa hadapan mereka.
“Saya ingin mencapai pengajian di tahap yang tertinggi apabila saya besar kelak. Saya ingin memasuki universiti dan belajar matematik,” kata Atabay.
“Pelaburan di dalam kesihatan kanak-kanak dan ibu mereka merupakan satu keputusan ekonomi yang munasabah dan merupakan salah satu cara bagi sesebuah negara itu untuk menuju ke arah masa hadapan yang lebih baik,” kata Timbalan Presiden Jaringan Perkembangan Sumber Manusia Bank Dunia, Joy Phumaphi.
Ketua Pengarah Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan pula menambah: “Program inovatif di dalam kebanyakan negara telah menunjukkan bahawa pendekatan yang berdasarkan integrasi, di mana setiap kanak-kanak dapat dicapai dengan satu pakej intervensi pada sesuatu masa, boleh memberi manfaat segera."

Saturday, November 2, 2013

Wanita Asia Afrika dan Jerat Ekonomi (Part 2)

Di Asia dan Afrika, keadaan wanita di sana mempunyai banyak persamaan, kecuali di negara-negara Timur Tengah. Permasalahan terbesar yang dihadapi negara Asia-Afrika adalah kemiskinan dan dalam keadaan seperti itu, mahu tidak mahu golongan wanita turut menanggung beban akibat kemiskinan itu.
Daripada data-data yang ada, menunjukkan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kemiskinan di Asia dan Afrika adalah wanita. Faktor kemiskinan ini telah mendorong wanita-wanita di Thailand, termasuk gadis-gadis di bawah umur menjual diri di bursa seks kelas bawahan dengan harga puluhan ringgit sahaja. Begitu juga golongan wanita-wanita di Filipina, antara tahun 1987-1992, kira-kira 261 527 orang wanita, umumnya berusia belasan tahun, memasuki pasaran Jepun sebagai wanita penghibur. Kemiskinan juga turut bertaburan di Bangladesh, Sri Lanka, India, Indonesia dan sebahagian besar juga datangnya dari negara-negara Afrika.
Di Asia, 35 anggota pelbagai organisasi dari 11 negara Asia, memberikan perhatian amat besar kepada wanita, memberitahu bahawa perbezaan ketara dalam pembangunan ekonomi, teknologi dan sistem harga yang lebih adil dalam model pembangunan yang kemukakan oleh Bank Dunia serta Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), menyebabkan banyak negara dan manusia terus menerus dihimpit dalam arus kemiskinan.
Program penstrukturan ekonomi yang direncanakan oleh Bank Dunia bersama-sama IMF kepada negara-negara penghutang, sekali lagi terus membuat rakyat miskin menjadi bertambah miskin. Peningkatan kadar kemiskinan serta berkurangnya pekerjaan yang produktif dengan gaji kecil di negara asal, memaksa golongan lelaki dan perempuan, termasuk golongan kanak-kanak, bermigrasi ke luar negara dan sehingga ke saat ini terdapat kira-kira 12 juta pekerja migran dari Asia, separuh diantaranya perempuan, dan jumlah ini terus bertambah sehingga ke hari ini.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas hasil pembawaan fahaman Kapitalisme, melalui Bank Dunia dan IMF melahirkan kemiskinan yang semakin luas di Asia dan Afrika.
Di negara sosialis seperti China, masalah yang dihadapi tidak jauh berbeza kerana kemiskinan masih menghantui sebagian besar masyarakatnya. Dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, untuk meningkatkan taraf ekonominya, China banyak menjalankan program yang agak kontroversi dengan mengawal kelahiran di sana. Setiap keluarga  hanya dibenarkan memiliki seorang cahaya mata.
Negara itu berkeyakinan dengan mengawal pertumbuhan penduduk ia adalah demi kepentingan seluruh rakyat China dan dengan mengorbankan kepentingan peribadi sambil pembudayaan yang mengagungkan kelahiran bayi lelaki jadi kelahiran bayi perempuan hanya akan mengakibatkan pengguguran. Jadi, tindakan itu sama seperti membunuh! Itulah realiti dan di sini menjadi bukti sejarah jahiliyah telah terulang.

Friday, November 1, 2013

Wanita Asia Afrika dan Jerat Ekonomi (Part 1)